" EXAM "


Selamat menduduki peperiksaan kepada semua warga DPLI/IT/UNiSZA 2012-2013...Semoga kejayaan bersama anda semua...Amin

Pengenalan Kepada Internet

 INTERNET

Internet ialah semua rangkaian komputer di seluruh dunia yang disambungkan dengan rangkaian yang lebih kecil dan bergerak lebih perlahan. Ia mempunyai amat banyak maklumat untuk dicapai oleh sesiapa sahaja, dan ia menyediakan penghantaran maklumat serta-merta ke seluruh dunia. Ini membolehkan manusia di seluruh dunia berkomunikasi di antara satu sama lain dalam masa beberapa minit sahaja.

Oleh sebab Internet semakin bertambah popular, ia akan menjadi sebahagian daripada hidup anda. Pada mulanya, Internet hanya terdapat di dalam sistem pendidikan, perbadanan, kerajaan atau agensi lain, dan sangat mahal serta sukar untuk mendapatkan laluan ke Internet. Pada masa ini, Internet boleh disambung melalui pelbagai kaedah menggunakan khidmat komersil atau Penyedia Khidmat Internet (Internet Service Provider- ISP) yang semakin bertambah bilangannya.

 Internet tidak lagi terhad kepada pakar teknikal atau individu yang pandai komputer sahaja. Sesiapa sahaja yang ada laluan komputer boleh menggunakan Internet sebelum dekad ini berakhir. Internet akan terus berubah dan berevolusi.Teknologi baru akan terus muncul dan menyebabkan sesetengah teknologi sekarang menjadi usang. Walaupun Internet berada pada tahap perkembangan awal, inilah masanya untuk meneroka dan menjelajahi maklumat yang begitu banyak yang didapati pada Internet.

Pertumbuhan Internet yang pesat telah mewujudkan cara baru untuk berkomunikasi. Popularitinya dicerminkan oleh pelbagai media yang kita gunakan pada hari ini.
Setiap hari, televisyen, radio dan media cetak mewar-warkan rujukan URL, atau alamat lokasi Internet mereka pada penghujung rancangan masing-masing. Banyak syarikat yang telah melabur masa dan wang mereka pada Internet.

Di antara komponen Internet yang penting ialah Web. World Wide Web telah berkembang menjadi suatu cara baru berkomunikasi dengan jutaan manusia. Di dalam tempoh antara bulan Julai 1995 hingga Januari 1996, bilangan komputer yang tersambung secara langsung kepada rangkaian fizikal Internet, yang juga dikenali sebagai hos, telah meningkat sekurang-kurangnya 70%. 


Pertumbuhan Internet yang mendadak boleh dikatakan akibat daripada perkembangan penyemak seimbas (browser) Web bergrafik yang begitu pantas. Komponen grafik Web telah mewujudkan suatu media baru kepada banyak syarikat untuk mengiklankan produk mereka dan untuk berkomunikasi dengan pelanggan mereka.

Walaupun Web merupakan komponen Internet yang penting, namun begitu ada juga bahagian-bahagian lain Internet yang dapat membawa anda kepada penemuan yang menarik. Di antaranya ialah tapak Gopher dan FTP. Sistem pacuan menu tapak Gopher mengandungi teks dan maklumat lain. Pelayan FTP juga membolehkan anda memuat turun (download) fail teks dan juga fail audio serta video. Dengan pelayan FTP, fail dari sistem yang jauh boleh dipindahkan ke komputer pengguna.

Mel elektronik, atau e-mel merupakan satu lagi alat penting yang boleh digunakan. E-mel menyediakan cara pantas untuk berhubung dengan orang lain dalam jabatan yang sama mahupun di seluruh dunia. Berbanding dengan kiriman surat melalui perkhidmatan pos yang mungkin mengambil masa beberapa hari atau minggu, mesej e-mel dapat disampaikan di dalam beberapa minit sahaja.

Sama seperti e-mel, kumpulan berita merupakan satu lagi cara berkomunikasi dengan orang lain. Kumpulan berita ialah forum perbincangan dalam Usenet, tempat pengguna bertukar-tukar fikiran tentang tajuk yang khusus. Menghantar mesej kepada kumpulan berita sama seperti menghantar mesej kepada semua orang dalam suatu senarai mel yang besar.

Kebanyakan alat Internet ini dapat dimasuki melalui penyemak seimbas Web seperti Netscape Navigator atau Internet Explorer. Tapak Web, Gopher dan FTP boleh menukar malahan membina rangkaian yang terputus. Oleh kerana sifat Internet yang sentiasa berkembang, pengalaman Internet pengguna akan berubah setiap kali pengguna menggunakan penyemak seimbas Web.

sumber : http://tienee.tripod.com/sistem_rangkaian_komputer









 

SCOPE OF CONTENT








TUGASAN KUMPULAN


TUGASAN KUMPULAN (MEMBINA BLOG) : DPLI-B

TAJUK : NETWORKS & THE INTERNET (ICTL)

AHLI KUMPULAN:
1) NORAZLIN BT SAPAAIN          (030852)
2) NUR HAIZI BT AB MANAF       (030846)
3) SYAMSIDAR BT SIDEK            (030862)
 
 

 

























 

ASSALAMUALAIKUM....

Blog ini masih dalam proses penambahbaikan...(",)